Total Pageviews

Mengejar Pelangi yang Mentiba.

           "Aku penat, Hasif," keluh Irwan.

           "Aik, awat lak ni? Tak pernah aku dengar kau mengeluh macam ni."



          Hasif tergelak kecil. Terhibur bila sahabatnya tanpa disangka seperti ingin bermanja-manja. Irwan baginya adalah seorang yang sangat hebat. Masanya senantiasa digunakan untuk memberi kebaikan kepada Ummah. Segala jenis perbuatan dia adalah berdasarkan neraca manfaat pada Islam. Hebat orangnya, Alhamdulillah.

           "Saja nak mengomel kejap. Aku macam tertanya-tanya bilalah kemenangannya akan tiba. Syurga, bila aku boleh cium kau (Syurga)?"


***


Benar, mengejar Syurga itu kadangkala penat.

Sebab ianya sangat jauh,
dan kita tak tahu bila kita akan menang.

Tapi atas sebab itulah,
kita perlukan baby steps.

Untuk terus memujuk hati kita,
agar terus maju ke hadapan.

Apakah itu baby steps?

1) Boleh dilaksanakan.
2) Tidak terlalu sukar.
3) Tidak terlalu senang.
4) Memberi kegembiraan tatkala berjaya.
5) Meningkatkan iman dan taqwa diri dan orang lain.

Apakah contohnya?

1) Membawa seorang buat satu aktiviti yang best, dan dia jatuh cinta dengan idea aktiviti-aktiviti di hujung minggu yang syariah-compliant.

Berjaya!

2) Menceritakan kisah-kisah para Sahabat, dan buat dia bercita-cita besar untuk menyebarkan kebahagiaan kepada Ummah sedunia.

Berjaya!

3) Membuat kebaikan kepada seseorang dan memberi dia semangat untuk berbuat kepada orang lain pula.


Berjaya!

Simple bukan?

***

Dan dalam setiap gerakan,
perlunya ada kemajuan.

Nescaya tidak beruntunglah gerakan,
yang sama seperti hari sebelumnya,
apatah lagi setahun sebelumnya.

Setiap gerakan perlunya keteraturan,
dan perancangan yang rapi.

Ianya adalah supaya perkembangannya adalah terkawal,
dan foundationnya adalah kukuh.

Kita nak go big kan,
nak jadikan satu dunia ni baik.

Anda rasa mereka yang nak jatuhkan Dunia ini akan suka?

Tidak langsung.

Apa mereka akan buat bila tak suka?

Jatuhkan kita.

Jadi, apakah cara untuk terus berjuang dan tidak jatuh?

Dengan menyusun barisan kita dan menjadi seperti bangunan yang kukuh.
Jadi yang disebutNya dalam ayat 4 surah As-Saff.

Kemenangan pastinya menjadi milik kita,
dan itu adalah setelah kita diuji habis-habisan,
sepertimana disebutNya dalam ayat ke-2 surah al-Ankabut.

***

Nak buat baik memang tak senang,
nak ajak sedunia buat baik lagilah tak senang.

Tapi kita ada kawan-kawan kita kan.
Kita ada Allah dan Islam kan.

Kenapa takut?

Jom maju bersama-sama?

Kita susun langkah kecil dan besar,
kita melangkah bersama.

Setiap lopak kita langkah bersama,
setiap hujan kita redah bersama.

Sungguh,
pelangi itu pasti hadir.

Yakinlah, wahai anda.

Tiada yang palsu dalam perjuangan demiNya.

Hanya kemenangan menanti.

Moga Allah redha.



***

afiqsazlan.
17092013.
0803.



*

No comments:

Post a Comment