Total Pageviews

Masa Kita Bakal Tiba, wahai Jundullah.






"Ya Akhi."

Hm?

"JazakAllahu Khair."

Aku tersenyum sendiri.
Aku tak tahu apa yang bermain dalam fikirannya,
apatah lagi apa yang sedang bergolak dalam hatinya.
Tapi ku yakin,
saudaraku telah menemui jawapan yang dicari.

Burung-burung kelihatan berterbangan,
tanpa sebarang kerisauan.

Aku teringat kembali,
tika ku di bangku sekolah rendah,
guruku pernah bertanya pada rakanku,
akan impiannya.

Dan jawapannya ku kira,
sungguh menarik.

"I want to fly high like a bird, with no worries whatsoever."

Dan kini ku tersenyum.

Ingin sahaja ku mencari kembali guruku itu,
yang telah menafikan impian indah rakanku itu,
yang telah memadamkan hamasahnya dengan kata-katanya.

Ingin ku katakan kepadanya,
kami bebas daripada apa yang engkau tidak.

"Inna ma 'iya rabbi sa yahdeen."

***

Pernah ku terdengar,
akan dua orang ikhwah berborak bersama.

Tika itu,
ku sedang qailullah,
barangkali mereka sangka ku sedang khusyuk tidur,
maka mereka berboraklah tanpa sembunyi.

Yang pasti,
ia membuatkan hatiku tersenyum lebar.

"Result ana tak memberangsangkan la hari tu. Result enta camne lak?"

"Lebih kurang je. Haha. La baks. Kita tak tau ni rahmat atau musibah, kita hanya bersangka baik pada Allah ya?"

"Tapi kan, ana pelik gak."

"Awat lak?", 

Okies. 
Part ni eden pun curious.
Terasa nak bukak mata,
duduk sebelah akhi tu,
letak telinga kat mulut dia.
Tapi tak nak kantoi punya pasal,
eden pura-pura tidoq lagi.

"Ana tak rasa sedih langsung," akhi yang kepelikan menyambung.

"Sama la kita."

"Ajaib kan Mukmin ni," hatiku bergetar tika mendengar ini.

"Uhibbuka fillah."

"Uhibbuka fillah jua"

Allahu Allah.

Air mata aku menitis perlahan.

Benar.

Mukmin itu ajaib.



"Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya."


***

Menjadi lumrah,
bagi kita-kita melihat,
para Dai'e yang gagal dalam peperiksaan,
yang lemah dalam mata pelajaran.

Dan menjadi lumrah jua,
bagi kita-kita melihat,
para Dai'e yang hidupnya sederhana,
yang tempat tinggalnya marhaen sungguh.

Namun begitu,
harus diingati jua,
menjadi lumrah,
bagi kita-kita melihat,
para Dai'e ini,
sentiasa bergembira,
sentiasa tersenyum,
seolah-olah dialah manusia paling berjaya di dunia ini.

Di manakah rahsia di sebalik keajaiban ini?

Ku kira,
Yasmin Mogahed dalam karyanya 'Reclaim Your Heart',
telah menceritakan perihal ini dengan begitu indah sekali.



"Don't let you definition of success, failure or self-worth be anything other than your position with Him. And if you do this, you become unbreakable, because your supporter can never be conquered. And you will never become empty because your source of fulfilment is unending and never diminishes."


Maka,
pabila matlamat kita adalah menjadi yang paling mulia di sisi Allah,
dunia kita berubah tiga ratus enam puluh darjah sepenuhnya.

Barangkali, 
dahulu kala,
sebelum kita memeluk erat Makcik Hidayah,
matlamat kita adalah mendapat kerjaya yang professional.

Maka,
bagi kita tika itu,
perkara yang baik buat kita,
adalah yang membawa kita ke arah tercapai kerjaya tersebut,
yakni kejayaan dalam peperiksaan, kenaikan pangkat dan penambahan gaji.
Kita akan merasa senang akan hidup kita.

Dan perkara yang buruk buat kita,
adalah yang membawa kita jauh daripada kerjaya tersebut,
seperti gagalnya peperiksaan, pemecatan, dan pengkhianatan.
Kita akan merasa sedih, dan kecewa.

Itu dahulu.



“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” 

- Baqarah 2:216 -


***

Dan kini,
Makcik Hidayah berjalanan berpimpinan tangan dengan kita.

Matlamat kita berubah.

"Aku ingin menjadi yang paling mulia di sisi Allah."

Dan pada tika itulah,
Allah akan memakbulkan doa kita.

Digagalkan, dilemahkan para Mukmin,
agar tunduk, dan bergantung hanya pada Allah.
Agar kembali celik, akan tugasnya hanyalah menjadi hamba dan KhalifahNya.

Dan proses itu akan berulang,
buat para Dai'e,
kehilangan demi kehilangan,
kegagalan demi kegagalan,
hinggalah dia celik.

Allahu Ghoyatuna.
Allah tujuan kami.

Dunia di tangan.
Allah di hati.

Itu sebetulnya.

Sungguh, ia menakutkan,
kehilangan segalanya yang kita dipupuk untuk mencintai sejak lahir.

Namun Allah telah memujuk kita dengan kisah Nabi Musa,
di mana pabila berhadapan dengan lautan yang luas,
dan Firaun yang mengejar di belakang,
Nabi Musa berkata,



"Inna ma 'iya rabbi sa yahdeen."

"Sesungguhnya Tuhanku bersamaku, Dia akan memberi petunjuk kepadaku."

- Asy-Syu'ara 26:62 -


Usah gentar, sayang.

Allah bersama kita.

***

Dan apabila para Dai'e telah mengembalikan segalanya ke tempat yang sebetulnya,
mencintai Allah melebihi segalanya,
maka dunia ini akan kelihatan hina dan dina.

Akan dilihatnya dunia ini hanyalah alat,
hanyalah bahtera yang buruk,
yang bakal membawa dirinya kembali ke Rumahnya.

Dan,
akan dipastikan,
hanya yang diperlukan dibawa pulang.

Hanya perkara yang layak,
akan dikutipnya.

Masakan kita nak bawa sampah sarap yang jijik,
ke dalam Rumah kita yang cantik sempurna?

Masakan kita nak kotorkan tubuh kita yang cantik di Syurga,
dengan perhiasan dunia yang penuh cacat cela?

Pabila dunia di tangan,
dan Allah di hati,
maka tajarrud menjadi sesuatu yang sebati dengan diri.

Pekerjaannya akan dipastikan membawanya kepadaNya,
dan jika ia melambatkan atau membantutkan lariannya kepadaNya,
maka ia akan dibuang tanpa berfikir lama.

Kerna,
dunia itu di tangan.

Ilmunya jua akan dipastikan yang bermanfaat buatNya,
yakni menjadikannya yang paling mulia disisiNya,
jika tidak, akan ditinggalkan begitu sahaja.

Kerna,
dunia itu di tangan.

Begitu juga dengan hubungannya dengan manusia yang lain,
akan dipastikan ia melajukan larian masing-masing kepadaNya,
kerna jika tidak, ia bukanlah ukhuwah fillah,
sebaliknya ukhuwah fi jahiliyyah.

Kerna,
Allah itu di hati.

Begitu jua hubungannya dengan alam,
akan dipastikan ia memantapkan lagi kebergantungannya padaNya,
kerna jika tidak, ia tiadalah beriman dengan Ali-'Imran ayat 190-191.

Kerna,
Allah itu di hati.

Ku kira,
inilah yang dimaksudkan dalam petikan al-Muntalaq,



"Sebenarnya masih terdapat ramai saki baki mukmin yang bilangan mereka cukup untuk menegakkan kebaikan yang kita ingin capai dan cita-citakan, tetapi dengan syarat mereka mengenali erti tajarrud, merasai kecil dan hinanya dunia, menjauhkan diri dari fitnah-fitnah, sabar menghadapi mehnah dan mahir seni memimpin umat."


***

"Tapi takkan Islam nak terus mundur, dulu Islam gemilang, ya Akhi? Sampai bila kita perlu ditindas, dihina?"

Barangkali,
engkau lupa.

Barangkali,
engkau alpa.

Islam bermula dengan Rasulullah dan para Sahabat diseksa, ditindas dan dihina.

Dan bermula dengan penyucian hati para Mukminan daripada cinta kepada dunia,
dan kebergantungan kepada Allah semata-mata.

Dan kemudian pabila,
para sahabat mengenali erti tajarrud, merasai kecil dan hinanya dunia, menjauhkan diri dari fitnah-fitnah, sabar menghadapi mehnah dan mahir seni memimpin umat,
barulah Islam mencapai zaman kegemilangan.

Kita baru bermula.

Di Palestin.

Di Syria.

Di Rohingya.

Di Mesir.

Hanya Allah Maha Mengetahui,
akan segala sesuatu.

Kebangkitan Kedua itu hampir,
Kemenangan Islam itu pasti.

Buih bakal menjadi Jundullah,
penyakit Wahn bakal terhapus.

Persoalannya,
di manakah kita-kita dalam semua-semua ini?

Ayuh!

Fi Sabilillah!

"Inna ma 'iya rabbi sa yahdeen."

Moga Allah redha.



*




No comments:

Post a Comment