Apa Itu Duit?
Baru-baru ini,
saya telah membaca buku "Rich Dad Poor Dad",
oleh Robert T. Kiyosaki.
Secara umumnya,
buku tersebut menekankan pentingnya financial literature,
agar manusia dapat memahami sifat-sifat wang sepenuhnya.
Dan salah satu attraction yang diketengahkannya adalah,
financial freedom.
Di mana,
seseorang itu bebas daripada merasa perlu akan duit,
dan merasa bebas daripada menjadi hamba kepada duit.
Saya berminat dengan buku tulisan Robert,
kerna saya berpendapat ianya amat penting,
buat para ikhwah dan akhawat.
Seperti yang saya pernah nyatakan sebelum ini,
menjadi hamba kepada duit,
menolak kemungkinan seseorang itu untuk mengabdikan dirinya kepada Allah SWT.
Kerna duit itu sifatnya tidak wujud,
sebentar ianya berada di tangan anda,
sebentar lagi ianya berada di tangan orang lain.
Sebentar ianya berada di poket,
sebentar lagi ianya di dalam bank.
Yang pastinya,
ia tiada pernah kekal.
Ini sifat duit.
It flows.
And forever shall.
***
Saya jua berminat,
dengan hujah Robert,
di mana dia mengatakan bahwa ramai yang berpendapat solusi kepada masalah kewangan adalah dengan menjana lebih banyak wang dan menjadi lebih kaya.
Dan dia berkata,
itu semua hanyalah satu penipuan.
Sebagai contoh,
seseorang yang mempunyai pendapatan sebanyak Rm 2,000 sebulan,
dan kos hidupnya sebanyak Rm 1,900 sebulan,
adalah sama sahaja,
dengan seseorang yang mempunyai pendapatan sebanyak Rm 50,000 sebulan,
dan kos hidupnya sebanyak Rm 49,900 sebulan.
Kedua-duanya akan berkata pada setiap bulan,
"I'm not making enough money."
Di sini,
terletaknya kekelakaran seorang manusia.
Dia suka mengejar sesuatu yang jauh,
dan tiada penghujungnya.
Hairan.
***
Kerna itu,
Robert menekankan Financial Literature.
Dia menekankan kefahaman akan sifat wang,
dan menjadikannya hamba kepada manusia.
Kerna wang itu,
hanyalah alat.
Alat untuk mendapatkan kita,
apa yang kita mahukan.
Jadi, jika anda berpendapat bahwa anda perlukan wang untuk hidup,
maka dengan gaji Rm 1,000 mahupun Rm 100,000,
kedua-duanya pun anda akan hidup.
Matlamat anda tercapai, alhamdulillah.
Jika anda berpendapat bahwa anda perlukan wang untuk menyara anak-anak,
maka dengan gaji berapa sekalipun,
anda akan mampu jua.
Bezanya,
anda faham sifat-sifat wang ataupun tidak.
***
Dan saya jua meminati buku-buku Robert,
kerna dia memahami sepenuhnya Kitaran Robot/ Kitaran Bodoh,
yang merupakan salah satu isi penting Ini Sejarah Kita (ISK).
Dia menggelarkannya Rat Race,
di mana manusia bekerja untuk membolehkannya bekerja pada esok hari,
manusia memperoleh duit agar dia boleh membayar hutang,
yang kemudiannya akan digunakan untuk memiliki hutang yang baru.
Bagi saya,
Robert memahaminya dengan bagus sekali.
Dan atas sebab itu jualah,
saya mencadangkannya pada ikhwah akhawat sekalian.
Cuma,
silalah membacanya dengan fikrah Islamiyyah ya.
*peace*
***
Pernah sekali,
saya dan Nazirul sedang berjalan,
membincangkan hala tuju Hamasah As-Syabab.
Tiba-tiba,
beliau berkata,
"Kita sebenarnya dah financial freedom dah ni."
"Iya?"
"Tengoklah. Kita boleh buat benda yang kita suka, kita boleh gunakan logam kita untuk Islam, untuk Ummah. Kita tak merasa perlu akan duit. Allah bagi rezeki dari arah-arah yang tak disangka. Bukan ke tu financial freedom?"
Saya tersenyum.
Ah,
inilah manisnya menjadi ikhwah akhawat.
Manusia berkejar-kejaran mencari financial freedom,
ada yang hanya boleh capai pada umur 40, 50 tahun.
Tapi kami,
belum 19 tahun pun dah capai, alhamdulillah.
Syukur padaMu, ya Razzaq.
***
Saya pernah bentangkan pada ahli-ahli Weekender's Club sebelum ini,
bahwa duit ini tidak penting.
Ada yang bersetuju,
dan ada jua yang kurang bersetuju.
Ianya terletak pada fikrah.
Bagi saya,
Hamasah As-Syabab hanyalah wasilah.
Pada masa hadapan,
kami bakal memiliki aset yang berjuta-juta, insyaAllah.
Salah satu hadaf (matlamat) Hamasah As-Syabab,
adalah memiliki beribu-ribu rumah yakni aset.
Dengan cara ini,
kami akan memiliki cashflow yang berjuta-juta pada setiap bulan, insyaAllah.
Tapi untuk apa?
Untuk investment Ummah dan Islam.
***
Kami nak hidup,
perlukan berapa banyak je pun duit.
Pastu duit berjuta-juta,
jika diinvest hanya untuk dapat duit lagi banyak,
mana nak campak duit-duit tu?
Macam tak berguna kan,
last-last tu pun Kitaran Bodoh gak.
Kumpul duit, invest, dapat duit, invest lagi sampai mati.
Di sinilah Islam menjadi jawapan kepada segalanya.
Kita invest dalam Ummah.
Rumah beribu-ribu unit?
Kami jadikannya aset Ummah.
Di mana,
rumah tersebut hanya boleh didiami oleh ikhwah akhawat.
Dan tidak boleh dijual kepada selain daripadanya,
mahupun dipinjamkan atau disewakan.
Menarikkah?
Jeng jeng jeng.
Jadi, silalah melabur dalam Hamasah As-Syabab ya,
:P
***
Ayat-ayat pemujuk,
yang saya selalu ulang pada diri saya sendiri adalah,
"Financial Freedom kau adalah di Syurga kelak. Kat sana kau nak berjoli, kau nak melancong, kau nak bercipiki cipika, ikut suka kau la. Kau nak terbaring atas paha zaujah kau setiap masa, kau nak cubit pipi anak kau selama-lamanya, buat la. Buat masa sekarang, kau kena fokus. Duit berjuta, atau berbilion, yang kau perlukan cuma seciput. Jadi sila invest tanpa henti. Nanti dah mati, baru kau kaut semua insyaAllah."
Anda boleh lihat,
kadangkala saya akan termenung,
kadangkala saya akan terdiam.
Lepas solat,
kadangkala saya akan duduk lama,
tanpa berbicara.
Kerna saya merasa perlu,
untuk duduk diam.
Kerna dengan diam,
saya merasa saya berkuasa atas nafsu saya.
Kerna dengan diam,
saya dapat berfikir.
Jika mulut dan tubuh asyik memekik,
bila hati kita nak ada peluang untuk berbicara?
Sebab telinga itu sifatnya di luar,
jadi ianya lebih mudah untuk mendengar segala apa yang dihasilkan dari luar.
Dan untuk anda mendengar hati anda,
anda perlu 'mematikan' segala apa yang berada di luar.
Hah.
***
Panjang lak menaipnya.
Tengah pujuk diri,
agar yakin dengan janji Allah.
Muhammad ayat ke-7.
Sedang mengusahakan mencari funder/investor,
agar boleh bergerak menawan Dunia Media.
Dan alhamdulillah,
ada ramai ikhwah akhawat yang sedia membantu.
Ada yang offer kamera mereka,
ada yang offer carikan funder,
ada yang offer khidmat mentor,
mashaAllah mashaAllah,
moga Allah redha akan semua-semua ini.
Mendoakan agar dipermudah,
urusan pembikinan video untuk ditayangkan di Global March to Jerusalem,
pada 7 Jun ini di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Tengah tunggu kelulusan slot daripada komiti Aqsa Syarif,
mohon didoakan.
Jumpa di sana, insyaAllah!
**
afiqsazlan.
bergulinggulingdibawahaircond.
1151.
21052013.
*








